INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

Merupakan sebuah perkampungan yang baru dibuka.Kampung ini dinamakan Padang Tara kerana dahulu kawasan ini merupakan bukit yang ketinggiannya separa. Disebabkan itu kampung ini dinamakan Kampung Padang Tara.

Kampung Padang Tara mempunyai penduduk seramai 480 orang yang menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi. Kebanyakan penduduk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman kelapa sawit, getah, dan lain -lain lagi. Selain itu juga terdapat aktiviti perniagaan kecil-kecilan seperti Kedai Makan, Bengkel kereta, dan lain -lain lagi. Terdapat juga penduduk kampung yang berkhidmat sebagai kakitangan Kerajaan seperti guru, kerani sekolah, dan juruteknik selain pekerja swasta.

Rekreasi & Pelancongan

Memorial Batu Bersurat

Memorial Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887, (ada berpendapat 1899)

Air Terjun Sekayu

Terletak di dalam kawasan hutan simpan Hulu Terengganu.Lokasi cuma 16 km dari pekan Kuala Berang dan kira-kira 40 km dari Bandaraya Kuala Terengganu.Hutan lipur ini terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang begitu cantik.Selain terkenal dengan keindahan,nyaman dan damainya tempat ini,ia juga kaya dengan flora yang mempunyai khasiat yang bermutu tinggi.Tempat ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk kemudahan para pemgunjung seperti tempat penginapan,tapak perkhemahan dan pelbagai kemudahan lain untuk mereka yang berminat dengan aktiviti hutan.

Tempat Makan Menarik


Kedai Roti Binjai Legend

Roti binjai legend @ kayu kamat gasi memrupakan resepi turun temurun keluarga. Keenakan dan kelembutan roti pasti mengangkat selera apabila ia dimakan bersama kuih kari dan juga enak dimakan bersama air tea @ kosong.

Combi Grill

Merupakan kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan Western seperti Lamb Chop, Chicken Chop, Nasi Goreng Ayam Grill dan banyak lagi.Selain itu terdapat juga makanan selain western seperti Mee Kari. Semua menu makanan disini dijual dengan harga yang berpatutan.

Warung Mek Lemah Dapur Kayu

Restoran ini terletak di kampung Dusun jarak perjalanan restoran ini dari NaDi Kampung Padang Tara hanya 15 minit. Ia terkenal dengan masakan kampung yang di masak dengan menggunakan dapur kayu. Antara menu masakan yang terdapat disini ialah ikan baung masak tempoyak, ikan talipia bakar, ikan keli bakar, sayur lemak belimbing , ulam -ulaman dan banyak lagi. Keunikan bau aroma kayu api menyebabkan masakan disini berbeza daripada kedai lain.

Kemudahan Awam
Klinik Kesihatan Kuala Berang
Masjid Kampung Buloh
Pasar Besar Kuala Berang
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Seri Buloh
Tabika Kemas Kampung Buloh
Perpustakaan Daerah Hulu Terengganu
Kisah Kejayaan
Latar Belakang
Nama : Nurul Hannah Roslan
Umur : 17 Tahun
Tahun Menjadi Ahli NADI : 2015
Sekolah : Sekolah Menengah Seri Berang, Kuala Berang

Latar Belakang Pelajar Ict
Nurul Hannah binti Roslan dikenali sebagai Hannah dikalangan rakan rakan merupkan seorang ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Tara.Beliau juga merupakan ahli yang sudah lama mendaftar sebagai ahli dan sangat aktif dalam menggunakan kemudahan di NaDi Kampung Padang Tara.

Sebelum Penggunaan Ict Di NADI
• Kurang pengetahuan atau pun maklumat berkaitan dengan ICT.
• Kurang pendedahan dengan aplikasi pembelajaran diatas talian.

Selepas Penggunaan Ict Di NADI
• Meningkatkan pengetahuan tentang pengunaan PC serta aplikasi yang ada.
• Meningkatkan kemahiran dalam pengunaan Microsoft Word, Microsoft Paint, Microsoft Power Point dan lain lagi.

Apa Yang Dipelajari Melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
• Menyediakan kelas-kelas ICT seperti kelas MS office, Penggunaan PC, Kenali Peralatan ICT.
• Melakukan aktiviti yang berkaitan ICT melalui latihan dan pertandingan.
• Menyediakan program -program yang berkaitan ICT dan juga platform e-dagang.

Bagaimana NADI Membantu Perkembangan Peningkatan Kemahiran Ict
• Menyediakan kelas-kelas ICT seperti kelas MS office, Penggunaan PC, Kenali Peralatan ICT.
• Melakukan aktiviti yang berkaitan ICT melalui latihan dan pertandingan.
• Menyediakan program -program yang berkaitan ICT dan juga platform e-dagang.

Keusahawanan
Nama Pengusaha : Tiara Binti Mohd Said
Nama Perniagaan : Tialicioushomemade Bakery
Jenis Perniagaan : Kuih Muih Dan Pastry
No. Telefon : 013-3833858
Alamat : Kampung Padang Tara, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Teengganu
Facebook : https://Www.Facebook.Com/Tiara.Mohdsaid



Nama Pengusaha : Nur Syahirah Binti Nordin
Nama Perniagaan : Surprise Delivery By Shira
Jenis Perniagaan : Surprise & Delivery Bouquet
No. Telefon : 014-5397637
Alamat : Kamoung Padang Tara, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Teengganu
Facebook : https://Www.Facebook.Com/Syer.Syahirah



Nama Pengusaha : Noor Akma Binti Othman
Nama Perniagaan : Darwisy Darwisya Resources
Jenis Perniagaan : Makanan
No. Telefon : 019-9420081
Alamat : Kampung Buloh, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Teengganu
Facebook : https://www.facebook.com/noorakmaothman.noorakmaothman