Mengenai NaDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NaDi



Sejarah

Felda Ayer Hitam juga dikenali sebagai Felda Batu Lapan ditubuhkan pada tahun 1960. Felda ini merupakan antara Felda terawal yang diwujudkan di dalam negeri Johor. Jumlah peneroka adalah seramai 336 orang yang berasal dari Johor seramai 334 orang, Melaka 1 orang dan Perak 1 orang. Kawasan Felda Ayer Hitam terletak dalam daerah Kluang dan Kawasan Dun dan Parlimen pula dalam kawasan Simpang Renggam. Bandar yang berhampiran adalah bandar Kluang iaitu 15km dari Felda Ayer Hitam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


BASIC ICT- ICT-IPG ONLINE

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2024

Layari website https://pismp.moe.gov.my/index.cfm...baca selanjutnya

PROGRAM CUTI SEKOLAH PEDI BOOT CAMP

Aktiviti Terkini | 13 - 14 Februari 2024

Program ini dianjurkan oleh PEDi Kampung Padang Tara bersempena cuti sekolah...baca selanjutnya

PROGRAM OUTREACH KWSP

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2024

Program ini dianjurkan oleh PEDi Kampung Padang Tara dengan kerjasama KWSP dengan pembukaan kaunter perkhidmatan KWSP secara percuma dari Mobile Team KWSP Cawangan Kuala Terengganu kepada semua komuniti di Kuala Berang....baca selanjutnya

PROGRAM CHEF JUNIOR WORKSHOP HEALTHY SANDWICH

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2024

Program ini dianjurkan oleh PEDi Kampung Padang Tara bersempena cuti sekolah...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti