Mengenai NaDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NaDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Felda Ayer Hitam juga dikenali sebagai Felda Batu Lapan ditubuhkan pada tahun 1960. Felda ini merupakan antara Felda terawal yang diwujudkan di dalam negeri Johor. Jumlah peneroka adalah seramai 336 orang yang berasal dari Johor seramai 334 orang, Melaka 1 orang dan Perak 1 orang. Kawasan Felda Ayer Hitam terletak dalam daerah Kluang dan Kawasan Dun dan Parlimen pula dalam kawasan Simpang Renggam. Bandar yang berhampiran adalah bandar Kluang iaitu 15km dari Felda Ayer Hitam.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2024PROGRAM JELAJAH NADI KOMUNITI KG MENERONG
Aktiviti Terkini | 20 September 2024
Memperkenalkan NADI kepada komuniti luar....baca selanjutnya
BASIC ICT- AINS NILAM
Aktiviti Terkini | 9 Ogos 2024Buka laman web ains.moe.gov.my...baca selanjutnya
BASIC ICT- MS WORD
Aktiviti Terkini | 8 Julai 2024Peserta diberi bimbingan dan tugasan menaip surat rasmi mengikut contoh....baca selanjutnya
BASIC ICT-MS WORD
Aktiviti Terkini | 2 Jun 2024Peserta diberi bimbingan dan tugasan menaip biodata masing-masing....baca selanjutnya
BASIC ICT- MS WORD – EJAWI
Aktiviti Terkini | 6 Mei 2024Peserta menaip perkataan yang ingin disunting di laman web https://www.ejawi.net/converterv2.php?go=rumi...baca selanjutnya
BASIC ICT- MS WORD – LAPORAN KERJA
Aktiviti Terkini | 7 April 2024Sediakan invois dan surat rasmi mengikut format yang betul....baca selanjutnya
BASIC ICT- ICT-IPG ONLINE
Aktiviti Terkini | 23 Mac 2024Layari website https://pismp.moe.gov.my/index.cfm...baca selanjutnya
PROGRAM CUTI SEKOLAH PEDI BOOT CAMP
Aktiviti Terkini | 13 - 14 Februari 2024Program ini dianjurkan oleh PEDi Kampung Padang Tara bersempena cuti sekolah...baca selanjutnya
PROGRAM OUTREACH KWSP
Aktiviti Terkini | 31 Januari 2024Program ini dianjurkan oleh PEDi Kampung Padang Tara dengan kerjasama KWSP dengan pembukaan kaunter perkhidmatan KWSP secara percuma dari Mobile Team KWSP Cawangan Kuala Terengganu kepada semua komuniti di Kuala Berang....baca selanjutnya
PROGRAM CHEF JUNIOR WORKSHOP HEALTHY SANDWICH
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2024Program ini dianjurkan oleh PEDi Kampung Padang Tara bersempena cuti sekolah...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya